Sabran Asmawi

Allahyarham Tuan Guru Haji Sabran bin Haji Asmawi (Arab:حاج صبران بن حاج أسماوي أسماعيلي البنجاري رحمه الله تعالى; singkatan Allahyarham TG) atau Jaberal@Sabran bin Hasamawi@Asmawi (April 1, 1938Januari 2, 2007), merupakan salah seorang murid kanan dari Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Saman Bin Muhammad atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Guru Haji Mat Saman Kati. Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 1hb April, 1938 bersamaan dengan 30 Muharram 1357H di sebuah kampung bernama Sungai Malau, berdekatan Changkat Lobak, Bagan Serai, dalam Daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan.Sepanjang hayatnya selama 69 tahun, beliau telah menyumbang sebahagian daripada umurnya untuk berbakti dan berjuang untuk meninggikan syiar agama Islam berpusat di kampung halaman khususnya di Alor Pongsu, Bagan Serai, dalam negerinya dan negaranya melalui pendekatan jalan dakwah dan usaha meningkatkan ilmu pengetahuan agama dalam kalangan masyarakat dan anak bangsa melayu Islam.Allahyarham sangat terpengaruh dan terkesan sekali dengan ulama besar Ulama Banjar seperti Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari (MAA)[1] (الشيخ محمد أرشد بن عبد الله البنجاري رحمه الله تعالى) penyusun bagi kitab Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din (سبيل المهتدين للتفقه في أمر الدين). Nama dan gelaran penuhnya Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah bin Abdur Rahman al-Banjari bin Saiyid Abu Bakar bin Saiyid Abdullah al-'Aidrus bin Saiyid Abu Bakar as-Sakran bin Saiyid Abdur Rahman as-Saqaf bin Saiyid Muhammad Maula ad-Dawilah al-'Aidrus, dan seterusnya sampai kepada Saidina Ali bin Abi Thalib dan Saidatina Fatimah binti Nabi Muhammad s.a.w. Riwayat kedatangan datuk nenek Syeikh Muhammad Arsyad ke dunia Melayu terjadi pertikaian pendapat. Ada riwayat mengatakan bahawa yang pertama datang ialah Saiyid Abdullah bin Saiyid Abu Bakar as-Sakran. Mungkin oleh sebab secara kebetulan dan ditakdirkan Allah Ta'ala pula, Allahyarham TG mempunyai salasilah keturunan serumpun dengan Syeikh besar Tokoh Ulamak Nusantara ini iaitu tempat asal usul keluarga dari daerah Sapat, Inderagiri, Sumatera Indonesia. Oleh sebab itu Allahyarham TG sangat mengagumi Syeikh MAA al-Banjari yang menjadi idola sejak di usia muda lagi, serta bercita-cita besar untuk menuruti jejak langkahnya dalam bidang keilmuan Islam.

Rujukan

WikiPedia: Sabran Asmawi http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?n... http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogrou... http://www.ijn.com.my http://www.karyanet.com.my/knet/ebook/preview/p_Ma... http://www.pilihanraya.com.my http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://mufti.penang.gov.my/ahlijawatankuasa.htm